Let those stars shine my night :')


Hello Assalamualaikum Anyong Haseyo


Tuhan, maafkan diri ini, yang tak pernah bisa, menjauh dari angan tentangnya.

Kak Eija cakap saya ego. Dan ya, saya ego! Saya ialah makhluk ciptaan Allah yang paling ego! Tak akan ada orang dalam dunia ini yang lebih ego dari saya. Saya penat jadi jujur. Saya penatt! 

Sedangkan "dia" tak sedar kejujuran saya!

Kak Eija cakap saya hipokrit. Dan ya, saya hipokrit. Saya cuba untuk dalami perasaan saya hari ini. Saya cuba untuk senyap dan fikirkan tentang perasaan saya hari ni. Tapi saya kalah, saya tak boleh dengar kawan-kawan cakap..

"Raje, kau okay tak ni?"
Raje? Kenapa senyap jeh ni?"

Dan sebab itu, termati niat saya untuk jadi sedih. Saya tak faham, saya pelik, macam mana orang-orang boleh cakap "Hari ni aku moody laa". Tapi pernah korang nampak aku moody? Nangis aku pernah. Moody aku tak pernah. Paling-paling aku maki lah sesiapa, lepastu gelak balik.

Yeahh! Itu sebab utama, sebab pertama saya hipokrit. Kalau dekat rumah, tak payah cerita la. Nangis depan parents pun tak pernah. Happy je :D 


A day a tear :'(

Kan aku dah cakap, nampak muka kau, jantung aku sakit. Sakit yang teramat. Itu sebab kukuh kenapa aku akan nangis setiap kali aku nampak kau. Sakit yang tak terperi. Sakit yang susah ditandingi. Aku fikir, aku ada sakit jantung ke? Aku ada sakit apa-apa ka? Setahu aku tak ada. Tapi aku ada sakit lain. Sakit kerana kau.

Aku tak faham, apa benda yang kau ada. Aura apa yang kau ada, bomoh apa yang kau guna, mandrem ape yang kau baca. Sampai aku boleh jatuh hati tergolek dekat kau. Dan sangat susah untuk aku lupakan. Kau guna-guna aku ke? Kau pakai minyak dagu? minyak pengasih? Kalau kau pakai, bagi aku sikit, biar kau pulak suka dekat aku.

Dan aku perasan. Yah, sumpah aku rasa macam perempuan paling gedik dalam dunia. Aku fikir aku hot, aku boleh suka semua orang yang aku nak. Aku boleh dapat apa yang aku nak. Aku boleh jampi orang supaya suka dengan aku.
WATAFAK MANN! Kau perasan nak mati!

Bila ternyata, sesungguhnya, aku terlalu cinta dia.


No comments: