Bila pontianak pandai tag orang~

Assalamualaikum. 

Okay, ni lah seorang pontianak bajet cun main tag aku  dengan soalan bukan-bukan. Nak kena cium ni :*


Dah nak kena tag wajib katanya lah kan. Lepastu bubuh syarat macam-macam. Aku cium lagi sekali :*

  • You must post these rules. Each person must post 11 thing about themselves in their journal.
  • Answer the question the tagger set for you their post. And create eleven new questions for people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  • No tag back.
  • No stuff in the tagging section about "You are tagged if you are reading this" You legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have tagged 11 people


Itu lah katanya.

So first,

11 Thing About Me:

1. Tak ada orang pernah cakap aku cantik. Even mak aku. Aku sedih. Sebab tu aku selalu perasan sendiri cakap aku cantik. Okay diam  ._.

2. Aku tidur mengigau. Kalau satu malam tidur tak bercakap tak sah. Alhamdulillah lah kalau setakat bercakap.Okay,aku pernah berjalan masa tidur nak masuk peti ais kot. Nasib baik sempat diselamatkan. Dan aku tidur ganas. Sangat ganas. Sebab tu aku tak pakai cadar. Sebab esok pagi pasti tertanggal. :)

3. Aku tak pandai kawal air liur. Macam budak kecik tu. Kalau aku bercakap banyak-banyak,boleh terkeluar air liur ni. So, aku kena cakap sikit,telan air liur. Lepastu sambung. Okay selekeh.Aku tahu sangat.

4. Aku suka gigit. Semua benda. Pen dan straw paling menjadi mangsa utama penggigitan. Tak lupa juga bahu rakan-raakan sejagat yang paling seghonok aku gigit. Hikhik.

5. Saya tak kaya. Saya tak ada iPad. Saya tak ada Galaxy Tab. Saya cuma ada parents dan adik beradik juga rakan-rakan yang sayang saya.. Itu cukup lah. :')

6. Saya paling kuat merajuk dalam family. Mak cakap sikit, terus nangis masuk bilik. Bila lapar baru keluar.

7. Aku bukan jenis yang senang dibawak bergurau lah. Masa ada mood, seronok lah kau aku layan. Masa aku tak ada mood. Kau cakap banyak-2 sorang-2, lepastu kau kena maki aku. Oh,aku suka maki orang leteww namanya..

8. Aku tak suka panas ramai  orang ssempit semua aku tak suka. Macam kerja kahwin. Itu aku tak suka. Ramaai gilaaa orang. Aku akan rasa dada berombak macam nak nangis. Lepas tu peluh seram sejuk semua keluar. Aku tak suka. Aku akan buat muka tak suka aku tu yang selalu mak marah.

9. Aku tak ada passport, tak pernah pergi luar negara. Aku cuma ada I/C. Alhamdulillah.

10. Aku tinggi. Dan aku berat. Percayalah.

11. Aku suka tegur orang. Kenal tak kenal aku tegur. :D


Fuhh,menangis aku fikir nak tulis apa benda ni semua. Okay, ada soalan pulak. --'

Soalan-soalan Cik Ponty :
1. Suka orang lain panggil anda dengan panggilan apa ?
 -Raja, fairuz, Fyza semua aku suka.


2. Ciri-ciri bakal suami/isteri yang anda harapkan ?
-Muka kena bersih tanpa sebarang tanda penuaan.
-Rambut kena pacak. Kalau turun aku mintak cerai.
-Badan kena ketak-ketak.Baru best buat bantal peluk.xoxo
-Mata kena bulat. Bujur sikit aku congkil mata tu keluar.
-Baju kena kaler biru. 


*Tak, semua tipu. Aku tak kisah rupa. Apa jodoh aku dapat,aku terima.
3. Apakah favourite color anda ?
-Turquoise (maksud nama Fairuz tuwwww)


5. Lagu kesukaan anda ?
-Lightweight -Demi Lovato
-That should be me -Justin Bieber


6. Peristiwa paling manis ?
-Makan gula-gula. Cukup manis tak? Okay entah. Aku pun tak ingat apa.



7. Tempat yang paling anda nak pergi ?
-Paris dengan Europe.  Itu duniawi. Tapi,aku nak pergi buat Umrah dengan Haji dengan mak abah.



8. Apa yang paling anda harapkan dalam hidup anda ?
-Buat mak abah senang hati dengan aku sekali pun cukup lah. 


9. Pertama kali bercinta dengan siapa ? 
-Kak Yana suruh jujur. Okay first time dengan Rusyaidi Hilmi Nazri


10. Subjek apa yang paling anda suka ?
-Geografi oh yeaaahhhh :D



11. Lastly, anda suka saya tak ? Kenapa anda suka saya ? :D  
-Tak. jangan nak perasan sangat boleh?  Ekekek :D           

Haa,lepastu nak kena tag orang pulak. Malas betul lah aku.
-Rafidah
-Haziqah
-Fatin Haziqah S
-Fadlin Aqilah
-Farina
-Roti Keju *aku tak tahu nama betul dia ><
-Fasiha *Aku tak jumpa blog dia. --'
-Kak Eija
-Riky
Cukup, jangan seksa aku macam ni. Pweashhheee.

Okay, sekarang soalan aku pulak.

1. Nama siapa? nak kenal boleh? Hihi.


2. Nama current boyfriend. Hihik.


3. Tulis nama bestfriend. 


4. Pernah jatuh dalam bilik air tak? Sakit tak?


5. Pertama kali jatuh cinta pada umur berapa, dengan siapa?


6. Berat dan tinggi sekarang? Fufufuffufuu.


7. Pernah kena marah tak dengan mak abah? Kenapa? Ceriteww lahh dengan kitewww.


8. Lagu paling korang suka.


9. Ceritakan sejarah sekolah anda. Hikhik. Dari tadika, sampai sekolah rendah,menengah, Sampai kerja pun bolehh.


10. Bayangkan bangun tidur anda dekat tempat lain. Apa ada buat? Buat karangan doploh ribu perkataan :D


11. Nak kawin nanti umur berapa? Kenapa? Jemput lahh kitewww ehh? :D

Okay,disebabkan aku sampai berrpeluh peluh taip entry ni. Aku nak kaau buat jugak. Tak kira. Karang kena sembelit lima hari lima malam aku tak tau ehh.

kbai.

No comments: