The Journey #1.

Assalamualaikum.

Okay,cik adik cik abang. Lama tak update.

Okay sebenarnya I'm having my holiday. Okay, aku rasa aku berjalan shooo jauh. Tapi tak lah sampai luar negara buat umrah. Tak.belum mampu lagi.

First place is Kedah. Okay, just imagine how I can't stand to sit in the car for more than 12 hours. Demm, patah pinggang woi. Macam ni, mak abah dah pergi awal,diorang stay KL. Aku pergi lambat dengan kakak since kakak aku kerja.

Perjalan start pukul 9.30 pagi. Berbekalkan nugget dan sosej yang akak aku rebus. Tak lupa nasi goreng masin yang akak aku goreng pagi-pagi tu. Dan juga air jambu batu. Itu sedap okayy. Mula-mula kami ke UiTM Segamat untuk amk baju dan tudung kakak yang tertinggal.

Then, bergerak ke Bahau untuk amek tunang kakak aku dekat rumah dia. Lepastu just beberapa perhentian kami berhenti. Dengan perhentian sangat lahh ramai orang. Kerja aku dalam kereta, tidur, nyanyi kuat-kuat, makan dan tak lupa, jadikan peha aku bantal kepada kakak tersayang. *pekerjaan paling berbaloi kerana dapat top-up.xoxo

Sampai sana stay dekat homestay. Dan rumah itu sangat cool okay! Sangat cantik. Sampai sana lebih kurang pukul 12 macam tulah. Okay,bayangkan berapa jam?

Esok bangun pagi pagi. Bersiap untuk pergi rumah pihak perempuan bawak rombongan meminang untuk abang. Laa, dekat jek rumah. Sejengkal dua jengkal sampai.


Ini Kak Husna. Dialah cik tunang abang itewww.


Nah,abang aku gemok. Sebelum pergi majlis, satu-satu baju dia try. Semua nak nampak gemok lah kan? kbai --'

Tapi makanan dia shooo sedap okayy!!

Lepas ni cerita kat tempat lain.


kbai.

No comments: